Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalammualaikum saya ada soalan , apakah hukum nermain permainan dalam talian seperti KING ISLANDS , ini kerana didalam permainan tersebut kita perlu menyerang atau mencuri coin pemain lain yang seterusnya coin tersebut boleh ditukar menjadi wang sebenar. Adakah cara mencuri coin pemain lain yang coin itu nanti boleh menjadi wang sebenar sama sahaja seperti mencuri dari orang lain sekian sahaja soalan saya, terima kasih
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Merujuk persoalan tuan, hukum asal bermain permainan atas talian adalah diharuskan. Ini berpandukan dalam kaedah fiqhiyah :
الأصل في الأشياء الإباحة حتى يدل الدليل على التحريم
Maksudnya : “Hukum asal sesuatu perkara adalah diharuskan, sehingga datang dalil yang menunjukkan pengharamannya”.
Namun, boleh jatuh haram sekiranya permainan atas talian itu mempunyai unsur atau perkara yang membawa pengharaman seperti :
Ini berdasarkan kepada kaedah fiqhiyah:
ما أدى إلى الحرام فهو حرام
Maksudnya : “Sesuatu perkara yang membawa kepada yang haram, maka perkara tersebut hukumnya adalah haram”
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.