BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalammualaikum 

1. Berapakah peratus kadar Wang tidak patuh syariah asb 2020? 

2. Bolehkah Saya berpegang terus keuntungan  asb Harus mengikut fatwa k.lumpur tampa pengasingan Wang tidak patuh syariah.... sbb asb Saya loan kadar rugi mengatasi pelaburan asb jika tolak wang tidak patuh syariah.

 

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, Seksyen 49 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 menyatakan sesuatu fatwa hendaklah mengikat tiap-tiap orang Islam yang berada di Negeri Selangor sebagai ajaran agamanya dan hendaklah menjadi kewajipannya di sisi agama Islam untuk mematuhi dan berpegang dengan fatwa itu.

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-5/2020 yang bersidang pada 3 November 2020 telah memutuskan bahawa: Hukum Pelaburan Permodalan Nasional Berhad dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah harus kerana telah mencapai 75% patuh syariah. Ia merujuk kepada keseluruhan proses perlaburan termasuklah hasil daripada perlaburan tersebut (dividen + bonus), maka ia tidak perlu diasingkan. 

والله أعلم بالصواب 


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 192

message user image