BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

baru-baru ini saya membayar zakat untuk pelaburan tunai ASB, tapi pegawai zakat tu cakap dividen yang saya perolehi itu hanya diambil dalam 74 peratus sahaja yang layak dizakati, selebihnya tidak patuh syariah... boleh tuan jelaskan? adakah dividen ASB tidak 100% patuh syariah?


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-5/2020 yang bersidang pada 3 November 2020 telah memutuskan bahawa: "Hukum Pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah harus setelah pihak PNB mencapai sasaran 75% patuh syariah dalam pelaburan yang dilaksanakan". Taksiran zakat ke atas pelaburan ASNB adalah dikira 2.5% daripada jumlah pelaburan tahun tersebut bersama dengan dividen dan bonus yang diumumkan pada tahun berikutnya, maka ia akan dikira sebagai jumlah yang akan dikeluarkan zakat bagi tahun semasa. Kewajipan zakat terhadap pelaburan ASNB adalah dikenakan sepenuhnya ke atas pelaburan, dividen dan bonus. 

والله أعلم بالصواب 


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 162

message user image