BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.

 

Hari ini 29/1/2021, masjid kariah kami (masjid an nur kanchong tengah) diizinkan semula mendirikan solat jumaat dengan bilangan sejumlah 40 orang jemaah sahaja..

 

Namun bilangan jemaah yang hadir hanya seramai 34 orang sahaja. Adakah sah didirikan solat jumaat?

 

Saya selaku imam 1 menyatakan perlu memanggil jemaah lain untuk mencukupkan bilangan 40 orang..Namun setiausaha masjid memaklumkan, qadhi Kuala Langat membenarkan solat jumaat didirikan dengan bilangan yang kurang daripada 40 orang..

 

Adalah qadhi mempunyai peruntukan kuasa tersebut? Mohon pencerahan


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

Tidak sah solat Jumaat yang didirikan itu kerana kebenaran yang diberikan oleh Jabatan Agama Islam Selangor adalah dengan jumlah 40 orang. Dalam keadaan tersebut pihak masjid wajib menunggu sehingga cukup 40 orang jika diyakini bahawa di qaryah tersebut mempunyai lebih 40 orang yang wajib serta memenuhi syarat untuk melaksanakan solat Jumaat. Jika masih tidak mencukupi setelah berlalu satu waktu yang munasabah maka hendaklah diganti dengan solat Zuhur. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih. 


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 117

message user image