Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum w.b.t,
Saya merupakan pengguna cawan haid (menstrual cup. Untuk makluman, menstrual cup merupakan alternatif kepada pad/tampon untuk menampung darah. Ia memudahkan & dapat sedikit sebanyak mengurangkan period waste dan menstrual cup ini boleh digunakan selama 10 tahun. Namun, saya mempunyai beberapa kemusykilan mengenainya. Berikut ialah soalan saya:
Segala perhatian & maklum balas dari pihak mufti amat saya hargai dan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد.
Merujuk kepada persoalan puan ;
1. Penggunaan menstrual cup bagi wanita yang istihadah dianggap sebagai menanggung najis (darah istihadah). Justeru, ia hendaklah dicuci sebelum berwuduk bagi menunaikan setiap kali solat fardhu, satu wuduk untuk satu solat fardhu, adapun solat sunat boleh berbilang-bilang. Justeru, membersihkan diri termasuk dalam syarat sah solat. Walapun ia bukan darah haid, tetapi hendaklah seseorang wanita membersihkan diri (badan) dan pakaian setiap kali hendak menunaikan solat. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 22 yang bermaksud :
“SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.”
2. Hukum mengguna dan memasang menstrual cup semasa sedang berpuasa adalah membatalkan puasa jika dimasukkan ke dalam rongga badan melalui saluran yang terbuka (faraj). Namun sekiranya ia dilakukan sebelum terbit fajar dan dikeluarkan selepasnya, maka ia tidak membatalkan puasa kerana berlakunya kemasukan menstrual cup tersebut bukan semasa sedang berpuasa.
3. Tiada perbezaan hukum dalam pemakaiannya sama ada bagi puasa sunat atau puasa ganti.
والله أعلم بالصواب