BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz/ ustazah.bolehkah saya hendak bertanya satu soalan.

 

Saya pernah tertinggal solat pada zaman dulu namun saya tidak pasti berapa bilangan solat yang saya tinggal. Saya mengalami kerap buang angin akibat penyakit. Berdasarkan situasi saya, bagaimana cara saya hendak mengqadakkan solat saya yang tertinggal dulu? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Qada’ solat adalah wajib. Saudara perlu mendapatkan satu jumlah yang diyakini bilangan solat yang telah ditinggalkan. Jika tidak terkira harinya, hendaklah dicatat / dikira bermula dari umur baligh sehingga hari yang ditinggalkan solat tersebut.  Menurut Dr. Wahbah al-Zuhailiy dalam kitabnya al-Fiqh al-Islami wa adillatuh :

“Harus mengqada solat fardu yang tertinggal pada bila-bila masa, sama ada waktu itu ditegah daripada melakukan ibadat ataupun pada waktu biasa, maksudnya qada’ solat boleh dilakukan bila-bila sahaja.”

Bagi mereka yang menghidapi masalah kerap keluar angin, perlu ambil wudhu’ dan solat dengan segera.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.   


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 123

message user image