BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

 

Assalammualaikum Mufti,

Saya ade kemusykilan berkenaan pelaburan yg ingin saya join. Mintak pandangan sedikit dr pihak Mufti. 

Contoh lau kite invest rm100k kat 1 platform ni, dia janjikan pulangan modal dibayar berserta dngn untung syarikat dlm tempoh 12 bulan, adakah ianya jatuh riba? Modal dan keuntungan dibayar sekali dlm mase 12 bulan 18-20% sebulan x 12 bulan.

Contoh, modal rm100k, 18% so jadi rm18k x 12 = rm216k, keuntungan bersih setelah tolak modal ialah rm116k, keuntungan itu pihak syarikat akad sebagai PROFIT SHARING. Klau untung lebih, syarikat akan bayar paling tinggi 20%. Paling rendah 18%. Adakah ianya jatuh riba jika ade jaminan modal dan keuntungan di situ?

P/s: Perniagaan yg dijalankan adalah emas fizikal dan hartanah, perniagaan tiada unsur2 haram dan syubhah.

Minta penjelasan pihak Mufti secepat mungkin. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, konsep asas pelaburan dalam Islam adalah di atas kontrak perkongsian antara dua pihak atau lebih yang bersetuju untuk berkongsi modal dan keuntungan. Terdapat implikasi apabila pihak syarikat menjanjikan keuntungan yang akan diperolehi oleh setiap pelabur adalah sekitar antara 18-20% sebulan. Dalam kitab fiqh ada menyatakan bahawa tidak sah sesuatu pelaburan itu jika kadar keuntungan yang bakal diperolehi oleh salah satu pihak ditentukan menurut kadar jumlah tertentu. Contohnya dalam akad tersebut menyatakan bahawa pelabur akan memperolehi keuntungan bulanan berjumlah  RM 100 atau 5% tanpa mengira sama ada sesuatu syarikat itu untung atau rugi. Hal ini jelas bertentangan dengan konsep pelaburan yang sebenar yang telah ditetapkan oleh Islam kerana setiap pihak perlu berkongsi kadar keuntungan dan kerugian bersama-sama dalam kadar yang dipersetujui bersama. Jika dikaji dengan lebih mendalam, kontrak pelaburan seperti ini telah berubah menjadi kontrak pinjaman yang mengandungi riba disebabkan pengusaha telah menjamin secara mutlak dividen yang akan diterima oleh setiap pelabur. Justeru kontrak seperti ini jelas menyalahi sistem muamalat Islam yang telah digariskan dalam syariat berdasarkan kepada satu kaedah :

كُلّ قَرْضٍ جَرَّ نَفْعاً فَهُوَ الرِّبا

Maksudnya : "Setiap pinjaman yang membawa kepada manfaat (bagi pemberi pinjam) maka ia adalah riba." 

Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti iaitu agensi di bawah Bank Negara telah memutuskan bahawa sumbangan modal yang disediakan oleh setiap musyarik (pelabur dan pengusaha) dalam usaha sama mudharabah (perkongsian keuntungan) hendaklah dalam bentuk sesuatu yang wujud atau sedia ada, boleh dikenal pasti dan boleh diakses semasa kontrak dimeterai. Bentuk sumbangan modal yang dibenarkan oleh Syariah ialah dalam bentuk tunai, aset selain daripada tunai (in-kind) atau kombinasi kedua-duanya. Namun demikian, hutang tidak dibenarkan untuk dijadikan sebagai sumbangan modal dalam musyarakah dan mudharabah (rujuk Keputusan Majlis Penasihat Syariah suruhanjaya Sekuriti Malaysia bertarikh 31 Disember 2019)

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih. 


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 131

message user image