Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya nk bertanya.. Andai kata air mazi saya keluar pada waktu malam dan kena pada seluar saya. Kemudian, saya tidur dan menyebabkan air mazi itu kering. Esok paginya, saya letak seluar yang ada mazi kering itu kedalam mesin basuh dan basuh bersama pakaian lain menggunakan mesin basuh automatik. Jadi,adakah pakaian yg lain itu dikira najis sebab dicampur?
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Merujuk kepada persoalan tuan, membasuh pakaian yang terkena najis dengan menggunakkan mesin basuh automatik adalah suci kerana ia menepati hukum syarak dalam menyucikan pakaian. Dan baju-baju lain yang dibasuh sekali dengan pakain terkena najis tadi juga adalah suci. Untuk keterangan lanjut, pihak tuan boleh merujuk garis panduan penggunaan mesin basuh yang telah diwujudkan oleh jabatan ini. klik pautan di bawah:
https://www.muftiselangor.gov.my/images/pdf/Garis%20Panduan%20&%20Penerbitan/Hukum%20Cucian%20Menggunakan%20Mesin%20Basuh%20Automatik%20dan%20Separa%20Automatik.pdf
والله أعلم بالصواب