BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan/puan/encik/cik yang dihormati sekalian. Saya ada persoalan mengenai apakah hukum mempercayai berita telah lahirnya pemuda Palestine yang akan dibunuh dajjal seperti yang diuar-uarkan oleh pendakwah Indonesia dan Timur Tengah? Adakah perkara tersebut sahih dan bolehkah saya mempercayainya? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, isu-isu seperti yang disebutkan di atas tidaklah termasuk di dalam perkara yang wajib dipercayai kerana tiada perincian di dalam syarak tentang kelahiran pemuda yang akan membunuh dajjal. Ia berbeza dengan kisah tentang dajjal yang banyak diterangkan di dalam hadis-hadis Nabi. Oleh itu, bersederhanalah di dalam menerima berita yang disampaikan iaitu tidak terlalu menolak dan juga tidaklah keterlaluan dalam menerima.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 73

message user image