BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam saya ingin bertanya, sebelum ni ada kerja pencucian tangki air di tempat kerja saya, tangki besar dari 2 kolah air, saya ternampak gambar semasa operasi pekerja masuk ke dalam tangki menggunakan kasut kerja,dan berjalan atas lantai tangki .adakah air dalam tangki selepas dicuci itu bersih? Pekerja ada juga pelbagai bangsa.Ada kah air tangki berkenaaan boleh digunakan setelah selesai tangki tersebut dicuci.Was2 saya tentang kesucian air ,sebab kasut dipijak dalam tangki


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, kasut kerja yang dipakai tidak dapat ditentukan ia bernajis. Oleh itu, hukum air itu adalah bersih dan suci kerana ia tangki besar airnya melebihi 2 kolah. Bahkan iar yang melebihi 2 kolah jika jatuhnya najis tetap bersih dan suci. Jika tidak berubah warna, bau dan rasa.

Namun begitu, jika najis-najis tersebut tidak mengubah mana-mana sifat air sama ada warna, bau atau rasanya, maka para ulama membezakan hukumnya melalui dua keadaan;

  • Jika air tersebut sedikit atau kurang daripada dua kolah maka air tersebut dianggap sebagai najis walaupun najis tersebut tidak mengubah bau, warna atau rasa.
  • Jika air tersebut mencapai dua kolah atau lebih maka najis yang ada di dalam air tersebut tidak memberikan kesan kepada kesucian air tersebut dengan syarat ianya tidak mengubah mana-mana tiga sifat utama air.

Akan tetapi, jika air tersebut mencapai dua kolah atau air tersebut berubah bau, rasa atau warnanya maka air tersebut dianggap sebagai najis. Ini adalah pandangan yang telah dikemukakan oleh Imam Al-Nawawi. Beliau juga menukilkan ijmak daripada ulama mazhab Syafie bahawa air jika banyak atau sedikit yang mengalir atau bertakung jika najis ada di dalam air tersebut telah mengubah mana-mana sifat sama ada warna, bau atau rasa, maka air tersebut dihukum sebagai najis. (al-Majmu')

Kesimpulannya berdasarkan kaedah;

اليقين لا يزال بالشك

Maksudnya: “Keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan syak.”

Hal ini kerana hukum air tersebut adalah suci sehinggalah dibuktikan adanya najis yang boleh menyebabkan perubahan pada air tersebut. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 58

message user image