BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Hi assalamualaikum nak tanyaa  , kenapa islam menwajibkan orang yang bukan islam untuk bertukar agama dahulu sebelum berkhawin dengan orang islam ? Sekiranya ada dalil  saya minta tolong kemukakan. Mohon pencerahan ya terima kasih .


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Islam mewajibkan orang yang bukan Islam memeluk agama Islam terlebih dahulu sebelum berkahwin kerana ianya merupakan perintah Allah SWT sepertimana firmanNya dalam surah Al Baqarah, ayat 221 :

وَلَا تَنۡكِحُوا الۡمُشۡرِكٰتِ حَتّٰى يُؤۡمِنَّ‌ؕ وَلَاَمَةٌ مُّؤۡمِنَةٌ خَيۡرٌ مِّنۡ مُّشۡرِكَةٍ وَّلَوۡ اَعۡجَبَتۡكُمۡ‌ۚ وَلَا تُنۡكِحُوا الۡمُشۡرِكِيۡنَ حَتّٰى يُؤۡمِنُوۡا ‌ؕ وَلَعَبۡدٌ مُّؤۡمِنٌ خَيۡرٌ مِّنۡ مُّشۡرِكٍ وَّلَوۡ اَعۡجَبَكُمۡؕ اُولٰٓٮِٕكَ يَدۡعُوۡنَ اِلَى النَّارِ  ۖۚ وَاللّٰهُ يَدۡعُوۡٓا اِلَى الۡجَـنَّةِ وَالۡمَغۡفِرَةِ بِاِذۡنِهٖ‌ۚ وَيُبَيِّنُ اٰيٰتِهٖ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ يَتَذَكَّرُوۡنَ

Maksudnya: “dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam); dan Sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).”

Sesebuah rumahtangga hendaklah didirikan di atas asas-asas kebahagiaan dan kerukunan dengan berpaksikan atas prinsip keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. bagaimana keamanan dan kebahagiaan akan terbina dalam sesebuah rumahtangga yang isterinya beriman kepada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW sedangkan suaminya pula, menyembah tuhan selain Allah dan memusuhi pula kenabian Nabi Muhammad SAW. Perkahwinan berlainan agama juga akan menyebabkan kecelaruan dalam pegangan agama anak-anak. Justeru, ia perlu dielakkan.

Kesimpulannya, firman Allah SWT dalam surah Al Baqarah ayat 221  di atas menyatakan dengan jelas bahawa lelaki muslim dan wanita muslimah tidak boleh berkahwin dengan wanita dan lelaki tidak beragama Islam. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 134

message user image