Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya izzuddin, saya hendak bertanya berkenaan dengan solat jamak.
Terima kasih
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد.
Merujuk kepada persoalan saudara,
1. Ya. Solat jamak boleh dilakukan tanpa qasar (memendekkan rakaat).
2. Perjalanan saudara ke tempat kerja masih belum mencukupi syarat yang membolehkan untuk melakukan solat jamak, iaitu dua marhalah bersamaan 90km sehala. Justeru, saudara tidak boleh menjamakkan solat.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.