BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam,saya ingin bertanya jika saya sertu satu badan ,termasuk telinga. Adakah sabun tanah yang memasuki telinga dikira najis mughallazah juga? Sebab waktu sertu saya ratakan semua sabun ke seluruh badan.Tapi dalaman telinga tak dapat nk dibersihkan mcm luaran badan. Adakah tahi telinga yg bercampur dengan sabun tanah yang termasuk ke dalam telinga ketika sertu itu dikira najis mughallazah juga?sebab setelah beberapa lama ketika bersihkan telinga baru terfikir. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد...

Merujuk kepada persoalan saudara, 

1. Sabun yang masuk ke dalam telinga tidaklah menjadi najis mughallazah, kerana ia adalah sabun bukannya najis.

2. Tidak juga, tahi telinga yang bercampur dengan sabun juga tidaklah dikira sebagai najis mughallazah. Tahi telinga itu dikategorikan sebagai kekotoran yang dikeluarkan oleh tubuh badan yang dikira anggota bukan zahir.

Saudara tidak perlu sertu satu badan sekiranya najis mughallazah itu hanya terkena pada bahagian badan tertentu seperti tangan atau kaki. Justeru, saudara hanya perlu sertu bahagian tersebut sahaja. Begitu juga dengan dalam telinga sebagaimana saudara maklumkan. Sertu hanya pada bahagian luaran anggota badan yang zahir sahaja. Tidak perlu sertu pada bahagian dalam seperti rongga, lubang telinga, hidung dan sebagainya. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 347

message user image