BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalam.. akidah pengikut syiah masih dikategori sebagai islam @ tidak? Mohon penjelasan.. sebab ada gol syiah kata mereka islam, syiah ada byk kumpulan.. sekiranya kita mengenali saudara yang mengikut syiah.. apa yang perlu dilakukan jika selepas dinasihati mereka masih degil?

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan tuan, jabatan ini berpandangan seperti berikut:-

1. Dalam konteks di Malaysia, golongan yang terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah dihukumkan sebagai sesat dan menyeleweng. Ini sebagaimana takrifan ajaran sesat yang diberikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) seperti berikut:

"Ajaran sesat adalah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang-orang bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran atau amalan tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan ajaran Islam, sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan daripada ajaran Islam yang berdasarkan Al-Qur'an dan al-Sunnah serta juga bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah".

2. Dan fatwa-fatwa diseluruh negeri menyatakan fahaman Syiah adalah sesat dan menyeleweng serta masyarakat dilarang sama sekali mengikuti fahaman tersebut.

3. Jika terdapat segelintir daripada saudara mara atau masyarakat sekeliling yang berfahaman syiah, mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana melanggar keputusan fatwa yang telah diwartakan. Pihak tuan boleh melaporkan kepada pihak Jabatan Agama Islam Negeri (Bahagian Penguatkuasaan) bagi tindakan selanjutnya di ambil ke atas pihak-pihak tersebut.

Bersama ini dilampirkan keputusan fatwa Negeri Selangor berkaitan fahaman Syiah untuk rujukan pihak tuan selanjutnya http://www.muftiselangor.gov.my/awam/fatwa/fatwa-terkini/315-fatwa-sighah-berkaitan-ajaran-syiah-di-negeri-selangor

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 92

message user image