BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Saya ni salah seorg ajk jawatankuasa ibu bapa dan guru di salah satu sekolah ugama rakyat.tatkala pkp sekolah terkesan dgn pembayaran yuran dari waris.pihak pengurusan sudah pon memberi pengurangan serta menjemput waris utk berbincang jikalau ada masalah pembayaran yuran.

Malangnya saya diberitahu oleh pengurusan sekolah yg ada pertikaian oleh waris. Contoh: bulan januari dan februari, yuran yg dikenakan ialah 100% penuh.tetapi utk bulan 3 serta 4, pihak pengurusan membuat potongan utk menolak duit makan utk anak2.

Malangnya ada waris mempertikai kepada pengurusan yang HARAM pihak pengurusan sekolah ambil yuran penuh pada bulan 1 serta 2...

Soalan saya..betul kah tindakan pengurusan ni dikategori sebagai haram? 

Saya harap pihak jbtn mufti selangor dpt membantu memperjelaskan dari sisi halal haram..

Walhal waris patut tahu yang mereka sedang hantar anak mereka di sekolah swasta sepenuhnya.tidakkah tak sepatutnya pertikaian ini timbul?

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dgn kerunsingan saya.

Assalamualaikun dan terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Berkenaan dengan perkara tersebut, sememangnya menjadi kelaziman bagi sekolah-sekolah persendirian yang tidak mempunyai dana tambahan terpaksa mengambil yuran penuh atau sebahagian walaupun sesi persekolahan tidak berjalan. Ini mengambil kira kos-kos petadbiran serta pengurusan yang terpaksa dibayar seperti gaji guru-guru dan penyelenggaraan fasiliti sedia ada.

Tindakan pihak sekolah yang mengenakan bayaran penuh pada Januari dan Februari adalah sepatutnya tidak menjadi isu halal dan haram kerana ia adalah kelaziman operasi bagi sesebuah sekolah swasta. Sekiranya telah dimaklumkan terlebih awal, sesi perbincangan dan persetujuan dari ibubapa, isu ini tidak sepatutnya berbangkit dan tiada perbuatan yang dikira sebagai haram yang dilakukan oleh pihak sekolah. Namun, sebaiknya juga pihak sekolah boleh membuka ruang perbincangan kaedah melangsaikan yuran-yuran dari ibubapa bagi meringankan beban.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 169

message user image