BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, 

"Saya tersesat di Gua Tempurung, Perak semasa menjalankan aktiviti ko-kurikulum disana dan mendapati waktu solat asar hampir berakhir. Bagaimana cara yang sesuai untuk saya lakukan bagi menunaikan solat pada waktu itu?"

Adakah saya boleh lakukan solat seperti biasa yang dilakukan di rumah atau ada cara lain yang paling sesuai?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله ، وأصحابه ومن والاه أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, solat wajib dilaksanakan apabila tiba waktunya dengan menyempurnakan syarat sah dan rukunnya dengan kaedah solat yang sama ketika di tempat lain termasuk ketika berada di dalam hutan. Firman Allah SWT di dalam surah al-Nisa' ayat 103;

إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَّوْقُوتًا

Mafhumnya : "Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya".

Sekiranya solat mampu dilaksanakan secara sempurna dengan memenuhi segala syarat sah solat iaitu suci tubuh , pakaian dan tempat solat dari najis, menutup aurat, tahu masuknya waktu, menghadap kiblat dan tidak berhadas (telah berwuduk), maka tuan wajib solat secara sempurna.

Adapun jika tidak mampu memenuhi syarat sah solat, maka tuan wajib solat sekadar yang mampu iaitu solat hormat waktu dan solat wajib diulang semula.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 185

message user image