BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz , sya ingin bertnya . Pada suatu hari luar rumah saya terdapat tapak kaki babi wlaupun sya xpsti tpi di tnya kepada adik sya berkaitan tu sya jdi was ii kemudian sya sertu tmpt tu .tpi ketika sya menyuci dgn air tnah kucing saya lalu dibahagian air lalu tpi kawasan tapak kaki tersebut . Adakah air sertu itu najis jika terpercik . 

Lagi satu adakah sah menggunakan mop basah untuk melalu kn air pada najis hukmi . Mohon pencerahan terima kasih. 

 

 

 

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudara,

1. Dalam keadaan saudara sendiri tidak pasti dan tidak nampak haiwan apa, maka tapak kaki tersebut tidaklah perlu disertu. Lebih-lebih lagi ia berada di luar rumah yang menjadi laluan umum sama ada manusia dan juga haiwan. Melainkan adik saudara nampak dan yakin bahawa itu adalah tapak kaki babi. Maka hendaklah disertu.

Soal kucing lalu di kawasan yang dicuci itu, hukumnya berkait dengan tapak kaki tersebut sama ada babi atau bukan, kerana tindakan saudara sertu juga disebabkan perasaan was-was. Oleh kerana telah pun disertu, maka tidaklah dihukumkan najis bagi air yang terpercik, mudah-mudahan hilang rasa was-was saudara dan hati jadi tenang. 

2. Tidak sah, kerana air pada mop yang basah tidak dikategorikan sebagai air mutlak yang boleh menghilangkan najis hukmi kerana ia telah meresap pada mop terlebih dahulu sebelum dilalukan pada najis hukmi tersebut. Sebaiknya dijirus atau direnjis dengan air mutlak terlebih dahulu sebelum dimop.   

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 145

message user image