BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

assalamualaiku, maaf saya nak bertanya berkenaan perempuan yang dah berzina dengan seorang lelaki

1.adakah dia perlu untuk berkahwin dengan lelaki tersebut 

2. bolehkah seorang perempuan zina tersebut berkahwin dengan lelaki lain seperti lelaki beragama.

3. jika seseorang itu sudah berzina tetapi rakannya tahu mengenai hal tersebut dan menyebarkan aib dia, apakah yang perlu dia buat?

4. bagaimana cara untuk menasihati seorang rakan yang membuka aib kita itu tadi


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن والاه . أما بعد؛

Merujuk kepada soalan yang diajukan;

1.Seorang perempuan yang telah berzina dengan seorang lelaki tidak semestinya berkahwin dengan lelaki tersebut. Islam menganjurkan umatnya untuk memilih calon pasangan hidup yang sesuai dan mampu untuk melayari bahtera rumah tangga dengan cara yang diredhai Allah.

2.Ini bermaksud, perempuan tersebut boleh berkahwin dengan lelaki lain yang dirasakan mampu memimpin rumahtangga dengan sempurna.

3.Membuka aib orang lain merupakan perkara yang dilarang dalam Islam lebih-lebih lagi bagi orang yang telah insaf dan bertaubat. Sememangnya sukar untuk menutup mulut orang lain dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Sepatutnya hubungan sesama Islam akan membuatkan kita saling menghormati, memaafkan dan menutup keaiban sesama Islam. Nabi SAW telah memberi pedoman tersebut di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda;

المسلم أخو المسلم، لا يظلمه, ولا يسلمه, ومن كان في حاجة أخيه كان الله في حاجته، ومن فرج عن مسلم كربة فرج الله عنه بها كربة من كرب يوم القيامة، ومن ستر مسلماً، ستره الله يوم القيامة

Maksudnya : "Sesama muslim adalah bersaudara, jangan menzaliminya dan jangan pula membiarkan dia dizalimi atau melakukan kezaliman, dan sesiapa yang memenuhi hajat saudaranya, maka Allah akan memenuhi hajatnya, dan sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang muslim, Allah akan melepaskannya dari kesusahan hari akhirat, dan sesiapa yang yang menutup keaiban seorang muslim, maka Allah akan menutup keaibannya di akhirat". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)  

4.Nasihatlah kepada kawan tersebut dengan penuh hikmah disamping sentiasa berdoa kepada Allah SWT semoga hatinya lembut untuk tidak mneyebarkan aib orang lain.

Seorang penzina wajib menyesal dan bertaubat dengan sebenar-benar taubat, serta menjauhi perkara sama berulang.

والله أعلم بالصواب 

 


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 119

message user image