BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan mufti, saya bekerja sebagai frontliner yang bertugas mengambil sampling (swab test) untuk pesakit covid-19. Persoalannnya, adakah sah puasa orang yang diambil sample secara nasopharyngeal (sample diambil dalam hidung) atau oropharyngeal (sample diambil di tekak) sekiranya diambil sewaktu bulan ramadhan? Sekian, terima kasih


message user image

Jawapan  

 

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد...

Merujuk kepada persoalan tuan, ujian swab untuk pemeriksaan saringan Covid-19 yang dilakukan pada bulan Ramadhan adalah tidak membatalkan puasa. Ini kerana alat yang digunakan tidak masuk jauh hingga ke dalam rongga hidung atau tekak.

Rujukan link;

https://www.muftiselangor.gov.my/taudhih-al-ahkam/994-puasa-kerana-menjalani-ujian-saringan-perubatan-covid-19

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.                                                                      


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 128

message user image