BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,saya terus kepada soalan 

Soalan saya,hari ini kakak saya telah melakukan pembelian emas secara trade in.  Dengan menambah sebanyak rm200 lebih..kemudian, dia hadiahkan kepada ibu saya..dia ada bertanya kepada pekerja kedai emas tu,ada akad tak..pekerja tu hanya menjawab boleh,setakat itu sahaja..adakah itu di kira akad?apakah hukum ibu saya memakai barang yg tidak jelas jual belinya tuan?adakah cara untuk menyucikan sekiranya haram cara jual beli ni?itu sahaja pertanyaan saya,mohon pencerahan..terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

Jual beli yang telah dibuat untuk pembelian emas secara trade in adalah sah, kerana transaksi yang berlaku antara penjual dan pembeli merupakan tanda setuju kedua-dua pihak untuk berurus niaga. Oleh itu, tidak perlu menyucikan barangan emas tersebut yang telah dibeli secara sah dan dihadiahkan kepada ibu saudari.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih. 


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 155

message user image