Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Salam Ustaz, pekerja sekolah saya telah menggunakan bekas cat untuk mengecat sebelum ini. Setelah mengecat surau dan kelas dengan bekas yang sama, baru diketahui berus cat yang digunakan sebelum ini dari bulu babi. Apakah hukumnya dan perkara yang perlu dilakukan pada dinding dan percikan cat yang jatuh.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, Islam tidak memaksa melakukan sesuatu yang di luar kemampuannya. Walau bagaimana ia tidak bererti mempermudah-mudahkan. Anda tidak perlu sertu, kerana perbuatan menyertu tidak memberi kesan apa-apa (cat bersifat kalis air). Ia juga tidak menyebabkan air itu bernajis. Ini lebih kepada perasaan was-was yang perlu dirawat/dihindari daripada terus berlaku yang boleh menjadi bertambah serius (menjadi penyakit). Justeru disyorkan untuk menghilangkan was-was anda, cat semula dan pastikan tidak menggunakan berus daripada bulu babi. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.