Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz,
Sy izany,sy penjual pakaian bundle secara online..sy ada keraguaan yg ingin tanya berkenaan jual beli mengikut syariat..di sini sy jelaskan situasi jual beli yg berlaku dn sedang menjadi ikutan di beberapa penjual online dn hangat menjadi perbahasan krna ada unsur haram..
Situasi 1
Penjual membuat acara jualan beli baju di dalam parcel/plastik pos..ada penjual buat hrga RM250 ada yg buay lebih..penjual akn tunjuk baju yg dimasukan di dalam parcel..baju yg dimasukkan berbeza hrga pasaran ada yg sama nilai dan ada yg lebih..penjual juga akn masukkan satu baju yg betul2 mahal di dalam parcel..setelah itu parcel akn ditulis nombor dn pembeli akn pilih nombor yg dikehendaki..setelah itu bayaran akn dibuat dn penjual akn tunjuk baju yg pembeli dpt dn tidak boleh cancel..
Situasi 2
Kaedah jualan yg sama..tetapi bayaran hnya akn di ambil setelah baju ditunjuk lepas parcel dipilih pembeli dn pembeli boleh cancel jika tidak mahu baju yang dapat..
Soalan sy adakah hukum kedua2 jual beli ini haram kerana ada unsur judi dan gharar..bgi yg mengatakan tidak haram kerana sama dengan beli guni dari kilang bundle tidak jelas atau tidak pasti barang di dalamnya dan pembeli redha dgn jual beli itu...mohon pencerehan ustaz..terima kasih...
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Kedua-dua situasi urusniaga adalah harus, melainkan ada unsur penipuan dari penjualan dengan mengatakan baju yang mahal itu adalah sebenarnya bernilai murah atau tiada langsung dimasukkan baju yang mahal dalam satu-satu bungkusan.
Manakala penerimaan bayaran sama ada sebelum atau selepas pembelian itu sudah diketahui risiko yang menanti dan tidak tergolong sebagai perjudian kerana penjual telah memasukkan setiap bungkusan itu dengan baju yang mahal dan bercampur yang murah dan pembeli mengetahuinya. Maka ia adalah diharuskan kerana ia sudah disepakati antara pembeli dan penjual. Sebagaimana Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
“Umat Islam wajib mematuhi persyaratan yang telah mereka sepakati.” (Riwayat Abu Daud)
والله أعلم بالصواب