BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum pihak Mufti Selangor. 

Saya ada pertanyaan mengenai hukum melanggan "protection/insurance plan" untuk telefon bimbit IPhone 11Pro baru saya di bawah Celcom (phonecare.asurion.com) pada bulan Mac 2020.

Di sini saya telah membayar setiap bulan sebanyak RM18. Sudah hampir 11 bulan saya melanggan dan telefon bimbit saya pula rosak pada 3/2/2021 lepas. 

Di bawah plan protection/insurance tersebut, saya layak untuk melakukan tuntutan di mana saya hanya perlu membuat transaksi bayaran sebanyak RM710 dan menukar telefon saya yg rosak kepada telefon sama jenis (swap one to one) yg baru. Telefon baru yg diberi syaratnya sama jenis dgn yg rosak, cuma boleh jadi "original" atau "refurbished".

Pada 5/2/2021, saya telah melakukan transaksi pertukaran tersebut. Cuma di sini, saya tidak pasti sama ada plan protection/insurance tersebut sama atau tidak dgn plan insurance konvensional yg hukumnya tidak patuh Shariah. Apa yg telah saya periksa di laman web Internet keberangkalian plan tersebut tidak patuh Shariah. (phonecare.asurion.com). 

Jadi, kemusykilan disini apakah hukum transaksi tersebut dan adakah saya tidak boleh guna telefon yg baru saya dapat ini? 

Semasa saya melanggan plan tersebut pada Mac 2020, saya sedar di mana plan tersebut lebih kurang sama seperti plan insurans konvensional yg lain, cuma waktu itu saya tetap melanggannya tanpa usul periksa. 

Dan sekarang saya telah melakukan transaksi pertukaran "swap one to one" dan menyesal dengan perbuatan saya tersebut.

Apakah tindakan yg sewajarnya saya perlu lakukan sebab saya betul2 tidak ingin terlibat dgn transaksi2 yg tidak patuh Shariah. 

Saya berharap sangat2 pihak Mufti dapat menjawab permasalahan saya ini. 

Terima kasih pihak Mufti. 

Wassalam

Muhammad Izairi Bin Mahadi

60193787411

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد.

Merujuk kepada persoalan tuan, sekiranya tuan benar-benar telah mengenalpasti dan meyakini bahawa transaksi pertukaran "swap one to one" tersebut dilaksanakan melalui plan insuran konvensional yang tidak patuh syariah, tuan hendaklah membatalkan langganan tersebut. Sekiranya transaksi tersebut merupakan lanjutan jaminan  hasil daripada plan pembelian secara konvensional, hukumnya juga tetap haram. Berkaitan dengan penggunaannya,  tuan boleh  mengguna pakai telefon tersebut tetapi wajib bertaubat kerana pemilikannya adalah hasil daripada transaksi yang tidak patuh syariah.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 256

message user image