Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan saya, semasa solat asar tadi, imam terlupa melakukan tahiyat awal, sebahagian makmum di bahagian hadapan ada yg bangun mengikuti imam, saya dan sebahagian makmum dibelakang terlindung dari imam dan meneruskan bacaan tahiyat awal.... kemusykilan saya, adakah semua makmum perlu mengikut imam melakukan sujut sahwi diakhir rakaat... sekian terima kasih.
Jawapan
السلام عليكم ورحمة الله ربركاته
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد
Merujuk kepada persoalan tuan, semua makmum wajib sujud sahwi mengikut perbuatan imam kerana perbuatan imam wajib diikuti selagi tidak bercanggah dengan perbuatan solat.
Kewajipan makmum mengikut imam diceritakan di dalam beberapa riwayat antaranya hadis riwayat Abu Hurairah RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda ;
إنَّما جُعِلَ الإمامُ ليؤتمَّ به
Maksudnya : "Sesungguhnya dijadikan imam adalah untuk diikuti". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
والله أعلم بالصواب