BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bagaimana kalau seorang Budak Perempuan yang berusia 10 tahun yang tidak BerSunat lagi meninggal dunia …

Apakah HUKUM dari segi Agama Islam❓


message user image

Jawapan  

وعليكم سلام ورحمة الله وبركاته 

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, Imam al-Nawawi dalam Majmu' menyatakan seseorang yang meninggal dunia sedangkan belum berkhatan, maka ada tiga wajah; Pertama, jumhur mengatakan tidak perlu dikhatankan. Kedua, dikhatankan samada yang sudah baligh atau belum baligh. Ketiga, dikhatankan bagi yang sudah baligh dan tidak perlu dikhatankan bagi yang belum baligh. Maka pendapat yang kuat adalah pendapat yang pertama iaitu tidak perlu dikhatankan. Di akhirat kelak, semua manusia dibangkitkan dalam keadaan tidak berkhatan. Sebagaimana sabda Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Abdullah Bin 'Abas RA:

 يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّكُمْ مَحْشُورُونَ إِلَى اللَّهِ حُفَاةً عُرَاةً غُرْلً

Bermaksud : “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya kalian akan dikumpulkan menuju Allah SWT dalam keadaan tidak memakai kasut, bertelanjang dan tidak berkhatan".(Riwayat Al-Bukhari)

Sekian, terima kasih. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 183

message user image