Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.
Saya ingin bertanya apakah hukum kita mengambil upah (menaikkan sedikit hrga barang) jika ada kawan-kawan yang kirim minta belikan barang contohnya ketika kita pergi travel ke luar negara dan tiada akad jual beli?
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Merujuk kepada persoalan puan, hukum mengambil upah dengan menaikkan sedikit harga barang bagi pembelian barangan yang dikirim ketika melancong ke luar negara contohnya dan tiada akad jual beli adalah diharuskan mengambil kira aspek kos yang telah dikeluarkan dan penat lelah mencari dan membawa barangan yang dikirim. Namun, perlu dimaklumkan juga kepada rakan-rakan berkenaan kadar peratusan upah yang diambil daripada harga belian barangan yang sebenar bagi tidak berlakunya unsur-unsur penipuan dan timbul perasaan tidak puas hati ke atas rakan-rakan puan.
والله أعلم بالصواب