Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz, jika ketika proses sertu tiba² ada kucing lalu di bahagian air mengalir tetapi bukan pada tempat najis. Najis yg telah hilang ain nya iaitu najis hukmi babi / anjing adakah tapak kucing tersebut najis dan air yg dipercikn itu najis dripada kucing itu najis . Mohon pencerahan
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Berkenaan dengan perkara tersebut:
Saudara sendiri telah menyakini bahawa ‘ain kepada najis tersebut telah hilang dan ini menunjukkan tiada lagi keberadaan najis di tempat yang disertu. Oleh yang demikian, tapak kaki kucing dan percikan air tersebut tidak dikira sebagai najis.
والله أعلم بالصواب