Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Salam Tuan Mufti,
Saya ada beberapa soalan berkaitan najis. Jika kita masuk bilik air dalam keadaan baru disiram dan paha kita ada najis contohnya sedikit darah. Selepas itu, kita duduk di bawah shower sampai najis itu hilang dan seluruh badan kita basah dan baru kita mandi seperti biasa, adakah perlu untuk kita siram seluruh bilik air sebelum kita keluar kerana najis tersebut sudah hilang ketika kita duduk di bawah shower dan terus ke lubang air?
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Tuan,
Darah itu hukumnya adalah najis mutawassitah yang mana cara menyucikannya adalah memadai dengan membasuhnya sahaja. Justeru itu, tidak perlu disiram seluruh bilik air tersebut sebelum keluar kerana najis tersebut telah pun dibersihkan dengan air yang mengalir daripada shower mandian dan keluar melalui lubang air.
والله أعلم بالصواب