BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Jika seseorang berbuka puasa kerana masyaqqah seperti sakit kepala sedangkan dia ingin memandu kenderaan, kemudian dia pun berbuka. Setelah itu, apabila telah sampai destinasi adakah dia masih boleh makan minum sedangkan masyaqqahnya sudah tiada? Maksudnya adakah dia perlu imsak, atau dia boleh makan minum waalupun sudah hilang keperluan seperti pada awal tadi.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, oleh kerana dia telah berbuka, boleh makan dan minum serta wajib mengqada’ puasa tersebut. Jika pening yang dalam kategori sakit, maka harus berbuka puasa kerana uzur. Tidak perlu imsak dan wajib diqada’. Namun, jika pening biasa, maka bukan uzur yang mengharuskan berbuka. Jika berbuka juga, maka berdosa, wajib imsak dan mesti qada’. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 140

message user image