BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Untuk makluman, saya baru sahaja menjadi Agen Jualan bagi Penapis Air Halal Hijrah Water.

Berdasarkan Kuliah Subuh Bersama Ustaz Dr Mahyeddin Salleh yang boleh ditonton disini https://youtu.be/A14i6-zqrs8, kajian beliau yang mendapati ada bahan di dalam penapis air menggunakan sumber dari tulang haiwan yang meragukan.

Soalan saya, bagaimanakah nak mensucikan bekas minuman yang telah menggunakan penapis air yang meragukan ini contoh cawan, rice cooker, cerek elektrik dan lain-lain sekiranya memang telah dipastikan penapis air ini berasal dari negara China dan Taiwan.

Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Berdasarkan soalan yang dikemukan, apa sahaja barangan buatan daripada tulang yang diragui adalah najis dan haram digunakan kerana syubhah. Oleh itu, jika penapis air menggunakan sumber dari tulang haiwan yang meragukan, maka bekas minuman yang telah menggunakan penapis air tersebut adalah bernajis dan ianya perlu dibasuh dan dibersihkan sahaja. Sehubungan itu, berwaspada dalam menggunakan produk penapis air dan dikehendaki menggunakan produk yang telah disahkan halal oleh JAKIM.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 162

message user image