BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

 

Assalammualaikum wr wb

Tuan Mufti yang mulia,

Saya seorang pesara mempunyai sedikit simpanan.  Ramadan ni dah cukup haulnya, saya mau keluarkan zakat.  

Soalan saya, boleh kah saya beri zakat  saya kepada 2 orang berikut.  Kepada:  

a) anak saudara lelaki saya (yang masih single) yang sudah 4 bulan tiada pekerjaan kerana pandemic covid ini.

b) adik perempuan saya yang sudah kahwin (>50 tahun) tetapi suami nya tidak pernah kasi cukup belanja dapur bulanan, duit belanja untuk dia pun tak pernah suaminya kasi, bole kata suami nya kedekut.     Dulu bila saya bekerja setiap bulan memang saya kasi sedikit belanja bulanan kepada adik saya.  Tapi sejak saya dah pencen, saya tak dapat berbuat demikian.  Jadi boleh kah saya beri sebahagian zakat saya kpd adik saya ni.

Harap dapat beri jawapan kepada saya di emel account saya:    rh99rh99@gmail.com

Sekian . Ribuan terima kasih.

 

Yang berharap jawapan sebelum Ramadan ini 2021

 

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد...

Merujuk kepada persoalan puan, 

a) Boleh, jika anak saudara tersebut tergolong dalam kalangan asnaf yang 8. Jika bukan asnaf, maka ia menjadi sedekah bukan zakat. Justeru, kewajipan zakat puan masih belum terlaksana. Sebaiknya, boleh diserahkan kepada mana-mana kaunter pungutan zakat yang berhampiran tempat tinggal agar agihan zakat dapat dibahagi sama rata kepada semua golongan asnaf. Bagi mereka yang terkesan dan tergolong dalam asnaf zakat hendaklah memohon bantuan yang disediakan oleh pihak Lembaga Zakat negeri yang berkaitan.

b) Tidak boleh kerana suaminya ada pendapatan yang cukup, maka adik puan bukanlah asnaf. Ini kerana kiraan had kifayah adalah untuk seisi rumah. Dari segi tanggungan nafkahnya, kewajipan tersebut bukan pada puan. Tetapi suaminya yang wajib menanggung nafkahnya. Tidak salah jika puan ingin memberi adik duit belanja namun, sikap lepas tangan dan kedekut suaminya akan berterusan sepanjang perkahwinan mereka. Sedangkan perkahwinan adalah perkongsian hidup susah dan senang, saling bantu-membantu antara suami isteri dalam urusan rumahtangga.  

Adik puan juga menurut undang-undang boleh membuat tuntutan nafkah bulanannya melalui perintah Mahkamah Syariah agar pihak suami tidak culas dan konsisten dalam pemberian nafkah kepada isteri sepertimana yang dituntut. Permohonan tersebut boleh dikemukakan terus ke pihak Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal untuk tindakan selanjutnya.  

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 183

message user image