Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Adakah jatuh talak jika cakap "kejap lagi sampai rumah abang saya ceraikan awak" dengan niatnya akan lafaz cerai bila sampai dirumah abang. Tapi tak lafaz cerai bila dah sampai rumah abang.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد...
Merujuk kepada persoalan tuan, ayat yang dinyatakan tersebut adalah berbentuk perancangan sahaja. Cerai hanya akan berlaku apabila suami benar-benar melafazkan cerai kepada isteri. Selagi mana suami belum melafazkan cerai secara jelas dan berniat, maka talak belum berlaku.
والله أعلم بالصواب