Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya , ketika saya membuang air besar . Saya dapati ada air yg keluar daripada kemaluan saya dan sya dpati iya berwarna putih seperti air mani dan terpancut ketika keluar . Ketika saya selesai buang hadas . Saya dapati bahawa tgn sya terdapat keringan seperti air mani . Kemudian saya telah pegang tuala dan air tuala menitik sehingga basah lantai dan karpet . Pertnyaan saya adakah air yg keluar itu mazi atau mani atau keduanya . Jika keduanya, saya telah mensuci tgn sebelum selesai tapi hanya sediikit kesan air mani yg saya yakin pada tngn . Adakah air mani dan mazi bercmpur menjadi najis dan adakah kesan air mani itu najis kerana telah bercmpur dgn air mazi walaupun telah disucikn hnya tinggal sedikit kesan air mani
Bagaimana saya ingin menyucikn lntai dan karpet sekira itu adalah air mazi ?
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Merujuk kepada persoalan tuan, bagi manusia yang normal, air mazi dan air mani hanya keluar ketika syahwat. Air mazi keluar ketika permulaan syahwat dan air mani pula keluar semasa kemuncak syahwat. Manakala air wadi pula merupakan air yang bersifat lebih keruh dan pekat. Dari segi kepekatannya ia hampir menyerupai air mani. Namun tidak sama dari segi kekeruhan warnanya kerana ia tidak mempunyai warna dan keluar selepas kencing atau selepas mengangkat sesuatu yang berat.
Oleh itu, merujuk kepada pernyataan tuan ketika membuang air besar didapati terdapat air yang keluar daripada kemaluan dan berwarna keputihan bukan air mazi atau air mani ia adalah air wadi kerana keluar selepas kencing. Air wadi ini najis dan perlu dibersihkan sahaja dengan air mutlak sehingga hilang bau, warna dan rasa.
Air yang menitik dari tuala tidak najis. Justeru itu, lantai dan karpet turut tidak bernajis. Tompokan kering air wadi ditangan sahaja yang bernajis dan perlu dibasuh.
والله أعلم بالصواب