BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Salam. Adakah jatuh talak jika seorang suami berkata begini kepada isterinya “kerana awak perempuan baik abang kahwin dengan awak jika tidak, abang tak nikah dengan awak”. Mohon penjelasan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudara, perkataan “kerana awak perempuan baik abang kahwin dengan awak jika tidak, abang tak nikah dengan awak” tiada perkataan cerai atau yang membawa maksud cerai, hanya sekadar pernyataan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 389

message user image