BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Syarikat saya menawarkan perkhidmatan pembinaan telaga tiub, bolehkah syarikat saya menerima kerja pembinaan telaga tiub untuk tempat ibadat orang bukan Islam seperti tokong dan kuil?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد...

Merujuk kepada persoalan tuan, hukum bekerja membina telaga tiub adalah harus. Bagaimanapun apabila diketahui pembinaan itu di tempat ibadat bukan agama Islam, maka terdapat unsur shubhah di situ. Bersubahat atau bekerjasama dalam usaha penyebaran agama selain Islam adalah dilarang kerana ia termasuk dalam perbuatan tolong menolong dalam kemungkaran, sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Maidah ayat 2 :

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

Maksudnya : “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan, dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)”. 

Sekian, terima kasih.   

والله أعلم بالصواب


                                                                   


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 151

message user image