BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan saya :

Saya diberhentikan kerja pada bulan 3 tahun lepas (2020) dan menerima pampasan sebanyak rm130, 000.. Adakah saya perlu mengeluarkan zakat jika perlu berapa kah Jumlah nya? Bila? (Adakah selepas setahun atau terus keluarkan zakat setelah dapat duit) 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab kepada persoalan di atas, pampasan yang diperolehi itu adalah bersumberkan pekerjaan dan ia adalah sebahagian daripada pendapatan. Dalam istilah fiqh, ia dinamakan sebagai al-mal al-mustafad. Oleh itu, ia wajib dizakatkan sebanyak 2.5 peratus.

Manakala, bagi tempoh mengeluarkannya, ia dikeluarkan pada tahun ia diperolehi (yakni tahun semasa) dan tidak perlu menunggu sehingga genap setahun

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 150

message user image