BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz.

Setahun yang Lepas saya ada melancong ke Korea. Apabila kawan-kawan mengetahui, mereka mengirim barang untuk di beli di Sana (yang mana harga adalah lebih murah Dari Malaysia).

Jadi apabila tiba Di Sana, saya survey beberapa kedai dgn harga berbeza. Saya beli di kedai yang menawarkan harga paling murah tetapi sy ambil gmbr harga di kedai lain untuk tujuan kawan2 buat pembayaran bagi barangan tersebut (harga tinggi sedikit tetapi tidak berbeza Banyak Dari kedai yang saya beli Dan Masih murah Dari Malaysia). Tujuan sy berbuat demikian adalah untuk menyekalikan harga barang dan upah saya membelikan barang tersebut. Untuk maklumat ustaz, barangan tersebut adalah Sama Dari segi kualiti kerana merupakan Dari jenama yg Sama. Adakah boleh ustaz? Sy tiada niat untuk menipu, hanya untuk mengambil sedikit upah kerana membelikan barang tersebut tambahan sy membayar Kos perjalanan flight Dari Malaysia ke Korea.

Terima kasih ustaz kerana sudi menjawab persoalan saya.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, hukum mengambil upah dengan menaikkan sedikit harga barang bagi pembelian barangan yang dikirim ketika melancong ke luar negara contohnya tidak disyaratkan bagi memberitahu harga kos sebenar jika dibawah akad jual beli. Namun, perlu dimaklumkan kepada rakan-rakan berkenaan kadar peratusan upah yang diambil daripada harga belian barangan yang sebenar jika wujud akad wakalah antara puan dengan rakan-rakan yang membuat kiriman bagi tidak berlakunya unsur-unsur penipuan dan timbul perasaan tidak puas hati ke atas rakan-rakan puan.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 156

message user image