BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Ustaz, saya ada satu pertanyaan berkaitan harta pusaka.

Baru-baru ini adik-beradik arwah ayah saya mendapati terdapat harta pusaka arwah datuk saya yang baru ditemui.

Adik-beradik arwah ayah saya telah membahagikan harta pusaka arwah datuk saya antara adik-beradik arwah ayah saya. Mereka memberikan RM 2000 bahagian arwah ayah saya kepada saya. Saya diamanahkan untuk membahagikan wang tersebut sama rata.

Untuk makluman ustaz, ketika saya diberitahu pemberian RM 2000 bahagian arwah ayah saya adalah harta pusaka datuk saya yang baru ditemui baru-baru ini:

1. Arwah datuk saya telah meninggal dunia terlebih dahulu.

2. Arwah nenek saya telah meninggal dunia.

3. Arwah ayah saya telah meninggal dunia selepas arwah nenek.

4. Arwah emak saya telah meninggal dunia setelah arwah ayah.

5. Adik-beradik emak saya seibu-sebapa telah meninggal dunia 2 orang lelaki.

Yang masih hidup: 

1. Tiga adik-beradik emak saya seibu sebapa masih hidup sekarang 2 lelaki dan seorang perempuan.

2. Saya tiga adik-beradik semua perempuan seibu sebapa.

 

Soalan: Bagaimana pembahagian pusaka bahagian ayah saya yang diserahkan oleh adik-beradiknya kepada saya?

Mohon penjelasan ustaz. 

Terima kasih.

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

..الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, harta yang diserah kepada puan tersebut  merupakan harta pusaka yang perlu dibahagikan kepada semua waris yang ada melalui pembahagian faraid. Berdasarkan andaian adik-beradik ayah anda telah membuat perkiraan berdasarkan hukum faraidh dan pesanan kepada anda hanya untuk melaksanakan pembahagian harta pusaka yang terlepas pandang, maka anda hanya perlu melaksanakan pesanan/ amanah tersebut. Oleh kerana anda adalah wanita, maka pembahagian secara sama rata adalah menepati kehendak syarak.

Baitul mal merupakan badan yang berautoriti  dalam urusan harta orang Islam  termasuk urusan pembahagian harta pusaka.  Justeru, adalah dicadangkan juga agar puan  merujuk dan pergi ke Baitulmal di tempat puan untuk mendapatkan penjelasan lanjut dan seterusnya menguruskan pembahagian harta tersebut kepada waris-waris yang ada.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 152

message user image