BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, Bismillahirrahmannirrahim.. Saya ada soalan yang berkaitan hal rumah tangga.. Jatuhkah talak tiga yang dilafazkan oleh si suami yang cetek dalam ilmu agama dalam keadaan yang baran yang sangat tinggi.. Dan dia tidak faham apa yang dilafazkan olehnya.. Dan bila di soal balik dengan niat apa dia lafazkan begitu, dia mengaku dengan tidak sengaja dan atas dasar kemarahan dia lafazkan sebegitu, dia juga berkata dia tidak ada niat begitu hanya terlafaz sahaja.. Sebenarnya, si suami ini memang tidak ada ilmu agama dan kurang kefahaman mengenai bab ini, dia berkata talak akan jatuh jika dilafazkan banyak kali(dalam hal ini telah difahami bahawa si suami ini tidak faham mengenai apa yanh islam kemukakan tentang penceraian atau talak).. Banyak kali, si suami telah berkata bahawa dia tidak ada niat untuk melafazkan talak itu, tetapi hanya kerana baran yang tidak dapat dikawal.. Mohon penjelasan yang dapat membantu saya menyelesaikan keraguan ini.. Wassalam..

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Mana-mana lafaz talak yang dilafazkan dengan lafaz yang sorih atau lafaz yang jelas boleh menyebabkan jatuhnya talak tersebut. Contohnya suami berkata kepada isteri : Saya ceraikan kamu dengan talak tiga, maka lafaz seumpama ini dikategorikan sebagai lafaz yang jelas, akan dihukumkan jatuh talak samada ia diiringi dengan niat atau pun tidak.

Walaubagaimanapun, untuk memastikan sesuatu lafaz talak itu jatuh atau pun tidak, maka pasangan tersebut hendaklah merujuk ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan pengesahan rasmi kerana pengesahan lafaz talak adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. 

Oleh yang demikian, kami mencadangakan agar puan segera melaporkan perkara ini ke Mahkamah Syariah yang berdekatan untuk mendapatkan pengesahan rasmi berkaitan talak yang telah dilafazkan oleg suami puan.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 130

message user image