Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Salam, saya ingin bertanya, saya melalui kawasan yang sebelumnya saya nampak seekor anjing lalu. Selepas kembali dari tempat tersebut, saya mendapati ada tompok darah anjing di tempat tadi. Saya perhatikan tompok darah itu tidak terusik. Saya juga memeriksa kain saya ( tangan saya basah semasa itu kerana baru sahaja ke toilet) , dan dapati ianya kering kecuali tempat mula-mula saya pegang. Saya yakin basahan itu dari tangan saya. Lalu, membasuh kain tersebut dalam mesin basuh dobi layan diri. Setelah dua minggu berlalu, saya merasakan adakah basahan tadi berasal dari darah anjing yang menitik tersebut. Bagaimananya? Saya kena sertu semua ke? Bagaimana dengan mesin basuh dobi layan diri? Saya tidak tahu siapa ynag menggunakannya untuk selama dua minggu..
Terima kasih
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Merujuk kepada persoalan puan, bersuci itu wajib apabila diyakini sesuatu itu terkena najis melalui ain, warna dan rasa. Namun jika puan sekadar mengesyaki sahaja kemungkinan kain itu terkena tompokan darah anjing, maka para ulama telah memberikan garis panduan berkenaan perkara ini. Di antaranya adalah kaedah yang masyhur iaitu :
الْأَصْلُ بَقَاءُ مَا كَانَ عَلَى مَا كَانَ
Maksudnya : "Keyakinan tidak akan dapat menghapuskan keraguan".
Berdasarkan kaedah ini, apabila tiada bukti yang jelas kain itu terkena tompokan darah anjing, maka kain itu kekal suci. Jika najis sekadar andaian atau rasa-rasa, maka ia kembali kepada kaedah fiqh ada menyatakan bahawa:
اليقين لا يزول بالشك
Maksudnya: "Keyakinan tidak akan dapat menghapuskan keraguan".
Ini kerana pada asalnya, tiada najis sehingga dibuktikan adanya najis disertakan dengan salah satu sifatnya iaitu bau, rasa atau warna. Berpeganglah kepada konsep umum iaitu selagi tidak ada najis yang jelas sifatnya iaitu bau, rasa atau warnanya, maka tidak perlu disertu. Jika tidak dapat dipastikan dan sekadar anggapan atau was-was maka ianya tidak perlu disertu dan hanya perlu dibersihkan seperti biasa sahaja. Namun jika jelas najis tersebut maka wajib dibasuh dan disucikan.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih