BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum wbk, ajaran bisnes gaya Nabi, yang sedang menular di media sosial, menimbulkan kemusykilan di hati saya. Ajaran bisnes ini, pada mulanya menimbulkan minat saya sekitar tahun 2015. Pada awalnya, ajaran ini menonjolkan kebaikan serta kebenaran. Tetapi lama kelamaan, saya semakin ragu-ragu bila pengasasnya menyamakan dirinya seperti Saidatina Khadijah. Ditambah bilangan follower yang melebihi 100k, semakin musykil dan ragu-ragu apabila melihat ketaksuban follower-follower pengasas ajaran ini. Sekali-sekala, ada panggilan tidak sepatutnya, iaitu Saidatina Khadijah dipanggil janda kaya. Mana-mana, lelaki yang 'dilamar' pengasas ini melalui bisnesnya, akan dipanggil berkahwin sepertimana Nabi Muhammad saw. Ada kontrak perjanjian bisnes atau 'perkahwinan' yang sangat mengelirukan. Bagaimana bisnes disamakan dengan perkahwinan? Ditambah lagi, disamakan dengan perkahwinan seperti Saidatina Khadijah ra. Baru-baru, ini ada sekompok ustaz dipanggil mengahadap pengasas ini, untuk belajar kajian hadith psikologi. Kemudian ada status, Fatimah janda muda talak 3. Status ini benar-benar menglirukan kerana tidak dihurai secara terbuka serta tidak ramai yang benar-benar dapat menilai status fb ini. Adakah pengasas ini merujuk kepada Fatimah Az Zahra. Saya kepilkan attachment untuk makluman tuan. Mudahan mendapat penjelasan sewajarnya, dalam dunia penuh ujian dan kebatilan. http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/tareqat-tasauwuf/162-koleksi-kertas-kerja/627-persediaan-untuk-menangani-ajaran-menyeleweng-sesat


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan berkenaan ajaran bisnes gara nabi; 1. Menyamakan diri sendiri sama seperti Saidatina Khadijah merupakan dakwaan yang boleh menimbulkan seribu satu tanda tanya, kerana Saidatina Khadijah merupakan “Ummuhatul Mukmin” yang merupakan salah seorang isteri kepada Baginda Rasulullah SAW. Sebarang dakwaan yang meragukan seperrti ini mestilah dielakkan. 2. Menggelar Saidatina Khadijah dengan janda kaya jika dengan niat untuk menjatuhkan maruah isteri Rasulullah SAW merupakan suatu dosa dan pelaku tersebut wajib bertaubat. 3. Memandangkan terdapat terlalu banyak keraguan yang dilihat di dalam aktiviti perniagaan yang dikemukakan, adalah dinasihatkan untuk memanjangkan aduan ini ke Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan JAIS untuk siasatan dan tindakan selanjutnya. Aduan boleh dibuat ditalian 03-55143554/03-55143682 atau boleh hadir ke Unit Penyelidikan dan Pembangunan di Pejabat Agama Islam yang berhampiran, atau terus ke Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan JAIS di Bangunan Sultan Idris Shah, Seksyen 5, Persiaran Masjid, 40676 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 253

message user image