Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum encik, saya nk bertanya semalam saya bergaduh dengan suami saya, dalam keadaan yang sangat marah dia melafazkan cerai dgn berkata “Selepas saya melahirkan anak yang saya kandung sekarang, dia ceraikan saya”. Adakah akan terjatuhnya talak kepada saya selepas saya melahirkan anak ini? Dia menafikan talak tu sah kerana dalam keadaan sangat marah dan tidak waras, tapi saya was2 dengan itu. Tolong bagi penerangan untuk soalan saya. Terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, lafaz yang dibuat oleh suami itu boleh menjatuhkan talak kerana lafaz cerai tersebut sangat jelas walapun dalam keadaan marah. Sebaiknya, permasalahan ini perlu dirujuk segera bagi mengetahui status lafaz di Mahkamah Rendah Syariah yang berdekatan bagi mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut. والله أعلم بالصواب