BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

 

Berikut beberapa soalan yang ingin di tanya untuk mendapat pencerahan yang jelas berkaitan ''harta sepencarian''.  

 

Soalan pertama: Apakah yang di maksudkan dengan harta sepencarian,

Soalan kedua: Apakah kelayakan untuk seorang isteri mendapatkan hak sebagai tuntutan untuk harta sepencarian?

Soalan ketiga: Setelah bercerai isteri telah membuat tuntutan bahawa segala sumbangan nya sewaktu dalam rumahtangga sebagai hutang dan telah di luluskan oleh mahkamah untuk di bayar oleh si suami, Adakah isteri masih layak untuk membuat tuntutan harta sepencarian. mohon penjelasan?

Soalan ke empat: sebuah rumah yang di beli oleh suami dan di bayar sepenuh nya oleh suami dengan cara potongan gaji. Rumah tersebut masih lagi dalam pinjaman. bolehkah rumah ini di tuntut sebagai harta sepencarian. ini kerana si isteri telah pun menuntut sumbangannya sebagai hutang sebelum ini dan perlu di bayar. adakah isteri masih layak untuk menuntut rumah tersebut sebagai harta sepencarian. jika boleh adakah jumlah nya telah di tetapkan dalam syariah.

Soalan Kelima: Rumah yang di beli secara pinjaman kerajaan sebanyak RM153,000.00 dan ptongan bayaran selama 20 tahun iaitu sebanyak RM1.028.00 setiap bulan. Jika di kira sehingga habis bayar jumlah tersebut telah menjangkau RM247,000.00 iaitu bayaran yang di potong gaji suami selama 240 bulan dan kini masih berbaki lebihkurang 55 bulan untuk di jelaskan. Jumlah ini termasuk faedah pinjaman yang perlu di bayar selain pinjaman pokok iaitu RM153,000.00 bagi harga rumah tersebut. Soalan nya jika rumah ini di tuntut sebagai harta sepencarian, adakah hanya harga pokok RM153,000.00 sahaja yang dikira dan berapa peratus yang layak di tuntut oleh isteri. Sedangkan suami telah bayar faedah pinjaman sebanyak lebihkurang RM94,000.00 (siapa yang perlu tanggung kos faedah ini).

Soalan Ke enam: Adakah rumah ini perlu di jual untuk di selesaikan tuntutan harta sepencarian sedangkan rumah ini masih lagi dalam hutang dengan pinjaman kerajaan?

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد...

Merujuk kepada persoalan tuan,  

1. Harta Sepencarian ialah harta yang diperolehi bersama oleh suami dan isteri sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang perkahwinan mereka mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara'.

2. Isteri kepada suami yang dinikahinya secara sah adalah orang yang layak mendapat hak ke atas harta sepencarian mereka.

3. Segala sumbangan isteri sewaktu dalam perkahwinan yang telah diluluskan oleh Mahkamah Syariah itulah merupakan harta sepencarian. Harta sepencarian ada 2 bentuk iaitu secara langsung seperti mengeluarkan duit dan tenaga untuk dapatkan harta tersebut. Manakala, secara tidak langsung seperti membantu mengurus anak-anak, menyediakan makan minum, menjalankan tugas dirumah, memberi sokongan moral dan seumpamanya.  

4. Boleh dan isteri layak menuntutnya sebagai harta sepencarian melalui sumbangan yang diberikannya sepanjang tempoh perkahwinan berlangsung. Namun, pihak mahkamah akan menentukan jumlah sebenar yang layak dituntut. Syarak tidak menentukan satu nilai yang tetap.

5. Jawapan bagi persoalan ke 5 - 6 sebaiknya perkara ini hendaklah dikemukakan terus ke pihak Mahkamah Syariah yang mengendalikan tuntutan harta sepencarian kerana mereka mempunyai bidang kuasa membuat rundingan dalam pembahagian harta melalui Majlis Sulh bagi mencapai kata sepakat dan penjelasan selanjutnya berkenaan tuntutan tersebut.

Sebarang tuntutan harta sepencarian terkandung dalam Seksyen 122, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 iaitu berkaitan Kuasa Mahkamah memerintah pembahagian harta sepencarian:

(1) Mahkamah adalah mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talaq atau apabila membuat suatu perintah perceraian untuk memerintah supaya apa-apa aset yang diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset yang diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara pihak-pihak itu.

(2) Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen (1), Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang—

  • (a) takat sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh tiap-tiap satu pihak dalam bentuk wang, harta, atau kerja bagi memperolehi aset-aset itu;

    (b) apa-apa hutang yang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan bagi manfaat bersama mereka;

    (c) keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa dari perkahwinan itu, jika ada,

dan, tertakluk kepada pertimbangan-pertimbangan itu, Mahkamah hendaklah membuat pembahagian yang sama banyak.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 255

message user image