BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam,saya nak tanya . Saya ada ke bengkel kereta harini,semasa sedang baiki kereta , mekanik tersebut menghalau anjing peliharaanya tapi anjing tersebut bermain denganya dan mengigit tanganya, nampak ada air liur anjing yang jatuh tapi tak pasti ke tanganya atau tidak,tapi saya nampak dia lap di baju dan belakang seluarnya. Saya minta dia basuh dulu tangan,kemudian dia basuh dan lap di seluar nya semula . Setelah selesai baiki saya perasan ada kesan basah di seat pemandu. Tak pasti dari seluar dia yang lap selepas basuh atau pun tidak,adakah saya perlu sertu seat,dan tempat yang dia pegang. Dan saya juga kena sertu?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد 

Merujuk kepada persoalan tuan, bersuci itu wajib apabila diyakini sesuatu kawasan itu terkena najis melalui ain, warna dan rasa. Namun jika tidak dapat dipastikan sama ada air liur anjing terkena pada tangan mekanik atau tidak dan juga kesan basah pada kerusi pemandu. Maka para ulama telah memberikan garis panduan berkenaan perkara ini. Di antaranya adalah kaedah yang masyhur iaitu :

الْأَصْلُ بَقَاءُ مَا كَانَ عَلَى مَا كَانَ

Maksudnya : “Asal bagi satu hukum adalah mengekalkan dia sepertimana hukum sebelumnya.”

Berdasarkan kaedah ini, apabila tiada bukti yang yang jelas sama ada tangan mekanik itu bernajis ataupun bukan najis maka tangan mekanik itu kekal suci.

 Jika najis sekadar andaian atau rasa-rasa, maka ia kembali kepada kaedah fiqh ada menyatakan bahawa: 

اليقين لا يزول بالشك 

Maksudnya: "Keyakinan tidak akan dapat menghapuskan keraguan". Ini kerana pada asalnya, tiada najis sehingga dibuktikan adanya najis disertakan dengan salah satu sifatnya iaitu bau, rasa atau warna. Berpeganglah kepada konsep umum iaitu selagi tidak ada najis yang jelas sifatnya iaitu bau, rasa atau warnanya, maka tidak perlu disertu. Jika tidak dapat dipastikan dan sekadar anggapan maka ianya tidak perlu disertu dan hanya perlu dibersihkan seperti biasa sahaja. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 212

message user image