BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Sebelum ayah saya meninggal dunia, beliau ada membuat video tentang harta pusaka dibagi sama rata. Soalan saya boleh tak saya jadikan video itu sebagai bukti kerana adik saya mahu di bahagikan mengikut faraid.

 

Soalan kedua. Adik lelaki saya telah meninggal dunia selepas ayah saya. Beliau tiada anak bersama balunya. Adakah balunya berhak mendapat bahagian suaminya iaitu adik saya. 

Soalan ketiga. Bagaimana pengiraan faraid utk saya dan adik ipar (perempuan)?


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

1. Harus menggunakan video yang dibuat sebelum ayah puan meninggal dunia bagi memenuhi permintaan yg dibuat oleh arwah ayah. Sekiranya berlaku perselisihan ketika perbincangan, balik kepada hukum asal iaitu pembahagian secara faraid.

2. Balu arwah adik dapat bahagian dalam pusaka arwah (suaminya). balu terima bahagian melalui kematian suami.

3. Bagi mendapat kiraan yang tepat puan perlu sertakan senarai lengkap waris yang hidup ketika ayah puan meninggal dunia. Untuk bantuan kiraan faraid puan boleh hubungi Sektor Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor (https://www.mais.gov.my/bahagian-harta-baitulmal/)

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.            


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 76

message user image