BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Sebelum arwah ayah meninggal dunia, beliau telah memberi sebahagian besar duit ASB beliau kepada saya untuk tujuan menjaga ibu jika dia tiada. Setelah beliau meninggal dunia, saya telah memaklumkan kepada hampir semua abang dan kakak. Sebahagian wang yang lain telah di agihkan kepada semua adik beradik berdasarkan persetujuan semua dibahagi sama rata.  Adakah sebahagian wang yang diberi kepada saya untuk menjaga ibu dikira Hibah dan tidak termasuk sebagai harta pusaka? Ibu saya yang masih hidup tinggal bersama saya.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Berkaitan dengan persoalan puan, sebahagian duit ASB yang telah diberikan kepada puan adalah dikira sebagai hibah bagi tujuan menjaga ibu dan pemegang amanah. Hibah ini tidak termasuk sebagai harta pusaka yang perlu difaraidhkan. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 81

message user image