BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualikum ustaz

Sebelum ini saya ada trade forex online dan saya bernazar sekiranya duit dalam akaun forex saya telah habis disebabkan ketamakan saya semasa trade forex ,maka saya bernazar akan puasa sebulan.Memang duit dalam akaun forex saya telah habis sebab saya tamak.

Setelah itu,saya sedar bahawasanya hukum trade forex online adalah haram.Adakah saya wajib berpuasa sebulan sedangkan hukum trade forex adalah haram?

Mohon penjelasan ustaz

 

Sekian Terima Kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Nazar adalah mewajibkan atas diri sendiri suatu perbuatan mendekatkan diri dengan Allah yang tidak ditentukan dalam syara’, sama ada secara mutlak atau pun dengan menta’liqkan (iaitu mengaitkan) dengan suatu perkara.

Allah S.W.T telah berfirman dalam surah al-Hajj ayat 29:

ثُمَّ لْيَقْضُوا تَفَثَهُمْ وَلْيُوفُوا نُذُورَهُمْ وَلْيَطَّوَّفُوا بِالْبَيْتِ الْعَتِيقِ

Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya, dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu

Nabi Muhammad SAW turut bersabda:

مَنْ نَذَرَ أَنْ يُطِيعَ اللَّهَ فَلْيُطِعْهُ، وَمَنْ نَذَرَ أَنْ يَعْصِيَهُ فَلاَ يَعْصِهِ

Barangsiapa yang bernazar untuk mentaati Allah maka hendaklah dia melaksanakan ketaatan itu, dan barangsiapa yang bernazar untuk melakukan maksiat maka janganlah dia melakukan maksiat itu” (Riwayat al-Bukhari)

Adapun bagi persoalan tuan adalah meninggalkan perkara yang haram (forex trading)  tidak boleh dinazarkan, ia tetap haram sama ada dinazarkan atau tidak. 

والله أعلم بالصواب

 

 


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 142

message user image