Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Adakah sah solat jika menggunakan sejadah muka (sejadah kecil) atau rida' sebagai sejadah menurut mazhab syafie? Saya ada mendengar bahawa penggunaan sejadah muka atau rida' menyebabkan rukun sujud tidak sempurna kerana hanya muka sahaja yang beralas manakala anggota sujud yang lain tidak beralas.
Jawapan
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Merujuk kepada persoalan, sejadah bukanlah menjadi syarat sahnya solat. Oleh itu, sama ada sejadah kecil/ besar yang digunakan bukanlah menjadi persoalan. Sujud (solat) boleh dilakukan dimana-mana tempat yang sesuai, asalkan bersih dan suci. Di dalam kitab Fiqh Manhaji, terdapat 7 syarat sah bagi sujud ;
Maka, sejadah kecil atau kain rida’ yang diletakkan di lantai dan digunakan untuk lapikkan dahi untuk bersujud adalah sah sujudnya, dengan syarat ia diletakkan ditempat sujud, bukan dipakai di badan yang bergerak ikut pergerakan kita.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.