Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum
Saya merupakan supervisor di salah sebuah restoran fast food di Malaysia,cerita ye bermula apabila ada makanan stau ada item yang lebih(extra) pada bulan tersebut saya akan makan dan menganggap makanan itu ada lebih dan boleh makan..adakah betul tindakan saya?
Lagi satu,saya akan tahu barang atau item yg lebih kerana saya akan perikasa jumlah itu setiap harI.
Harap dapat jawab isu saya..Amin2x
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Merujuk kepada persoalan puan, hukum asal mengambil sesuatu barangan yang bukan milik kita tanpa pengetahuan dan keizinan pemiliknya adalah haram dan berdosa, perbuatan tersebut sebaiknya hendaklah dielakkan. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 188 :
وَلاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ
Maksudnya : "Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah..."
Apabila terdapat lebihan makanan pada bulan tersebut, puan perlulah merujuk kepada peraturan sedia ada dan polisi pihak syarikat. Sebarang tindakan perlulah mendapat kebenaran dan keizinan yang diberikan oleh pihak syarikat terlebih dahulu.
والله أعلم بالصواب