BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Suami ada berkata jika berhubung lagi dengan dia jatuh talak 1(dalam keadaan marah dan kami terkena sihir pemisah masa tu)..setelah beberapa lama masalah selesai sy ada bertanya pada suami apa maksud berhubung lagi dengan dia...suami jawab berhubung pada waktu itu sahaja..pada hari itu shaja kerana dia serabut dan tak nak keruhkan lagi keadaan..setelah semua masalah selesai dia tidak kisah jika sy berhubung kembali dengan orang itu..adakah talak sy jatuh jika berhubung dengan orang tu kembali...terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Lafaz tersebut adalah merupakan lafaz taklik dan secara asasnya jika suami bertaklik menceraikan isterinya, maka ianya boleh menyebabkan jatuh talak sekiranya dilanggar taklik tersebut. Ini berikutan lafaz tersebut adalah lafaz yang soreh atau jelas.

Untuk kepastian, samada taklik tersebut jatuh talak atau tidak, puan bolehlah merujuk ke Mahkamah Syariah yang berhampiran dalam kadar yang segera kerana pengesahan perceraian adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 127

message user image